

Ini ada satu cerita masa aku kecik-kecik..
Percaya atau tak aku ni sebenarnya pengikut nombor satu abang aku..
Di mana ada abang aku, di situ ada aku..
Aku akan ikut apa je yang abang aku buat..
Dia main air, aku main air,
Dia main ps, aku pun nak main ps..
Dia suroh aku golek2 atas katil, aku buat..
Memang aku adalah pengikut nombor 1 abang aku..
Aku tak tahu kenapa aku akan terdorong untuk minat benda-benda yang abang aku suka sampai la sekarang..
Fatimah, fatimah...
Apala nak jadi dengan aku ni..
Oh ya, hari ni tidak ada apa yang menarik untuk dikongsi jadi aku akan ceritakan beberapa fakta yang mungkin orang tahu dan mungkin orang tak tahu..
1. Aku ni sebenarnya penakut:
Aku takut gelap, aku takut hantu, aku takut lipas, aku takut tuhan(ni memang la kena ada)
2. Aku suka warna biru dan putih:
Sejak kecik lagi aku memang suka warna biru
3. Aku suka tengok drama korea dan jepun:
Hahaha, ni semua influence daripada mak aku. Fenomena ini berlaku sejak TV3 siarkan cerita winter sonata....:]]
4.Aku tak pandai masak:
Ngahaha, aku ni memang peremouan yang memang tak pandai memasak.. segala benda yang aku masak rasanya tidak sesedap mana pun.. Tapi masakan kepakaran aku adalah maggi curry cendawan!
5.Aku tak pandai jahit:
Jangan terkejut! Aku ni memang tak tahu lansung menatang apa menjahit ni!
Seluar aku yang koyak yang aku cuba untuk tampal balik sebaliknya menjadi semakin rosak..Maka sesuailah senario ini dipanggil umpama tikus membaiki labu
6. Aku fobia duduk dekat dengan tempat yang banyak barang kaca:
Aku tak tahu kenapa, tapi kalau aku pergi shopping complex, aku memang takut untuk masuk ke kedai-kedai yang jual banyak barang-barang kaca. Aku takut aku akan pecahkan semua barang kat situ dan mak aku terpaksa bayar hutang dengan kad kredit untuk seumur hidup dia.
7. Aku benci Myers Grove School punya budak-budak:
Mungkin orang akan ingat aku ni seorang yang bodoh kerana telah meninggalkan pelajaran aku kat england dan terus belajar kat Malaysia. Padahal aku patut dah masuk kolej sekarang kalo aku tak balik Malaysia. Well, untuk pengetahuan semua orang, aku telah dibuli secara fizikal dan mental dekat sana.
Cuba bayangkan, anda sedang lalu lalang dekat kawasan luar kantin dan tiba-tiba anda dapat rasa yang kepala anda telah dibaling dengan satu objek yang sangat keras....(mampukah anda bersabar?)
Satu lagi contoh, anda tengah makan, dan tiba-tiba anda nampak seketul french fries jatuh di meja dan apabila anda pandang ke atas, muka anda pula dibaling dengan kentang oleh sekumpulan budak (celakasialmemangnakmampospunyasetantaikkucingdajalnenekhantubapakhantusonofabitch
fuckyoupunyabudak)
Hahaha..minta maaf atas kekasaran bahasa sebentar tadi..
Oh, lagi satu je contoh, apa perasaan anda jika tiap-tiap hari ada sekumpulan budak(cacattakdeotakmemanggilasiotbiggestloserdamnyoutohell)classmate yang ada plot yang berlainan tiap-tiap hari untuk mentoture mental dan emosi ko?
8. Aku seorang yang senang minat sesuatu dan cepat hilang minat:
Mungkin satu hari aku akan tergila-gilakan Kim Bum, hari esok pulak aku minat Lee Min Ho..
Macam tulah jadinya...
9.Aku ada seorang abang:
Hubungan aku dengan abang aku mungkin seperti hubungan adik beradik yang lain cuma ditambah dengan elemen keganasan yang wujud sejak entah bila aku tak tahu.
Terima-kasih kepada serangan berterusan abang aku sejak aku dilahirkan, aku telah men-develop satu martial arts aku sendiri..
10. Aku tak suka orang ambik gambar aku..
Aku memang tak suka orang ambik gambar aku, ini memang satu TABIAT yang aku dapat sejak kecik lagi, dan oleh kerana itulah aku dapat satu penyakit 'cannot smile' ni..
p/s:soruzo!aku dah jawab tag ko
No comments:
Post a Comment
Why are you even bothering to type these comments?
YOu could have used the time to do more efficient things!!
OMG! Well, thanks for dropping by!!