Saturday, 21 February 2009

21st of February 2009, hari sukan terakhir ku bersama sigs



Milik siapakah bumi ini!

Jika..... bukan kami,

Mungkin aku akan tertanya kelak,

Kenapa aku sedang merepek,
Dan merapu di malam yang terang,
Dihujani dengan sinaran bintang-bintang,

Di angkasa raya..

Cerita sebenar bermula sekarang...

Tepat jam 6.30 pg, aku telah membuka kedua-dua kelopak mataku ini,
Terus aku pandang jam empat segi ku di atas dinding,
"Oh crap, I'm late"..Mindaku berkata..
Ku lontar cadarku ketepi dan mempercepatkan langkahku ke bilik air,
Mandiku ibarat mandi kerbau kerana tidak mahu ditewaskan oleh masa,
Stadium di pandangan mataku kira-kira jam 7.oo lebih pagi..
Aku terus mencari kedudukan rumah sukan ku,
Dengan harapan mascot telah tiba,
Kakiku membawa ku ke pintu stadium, aku masuk dan terus ternampak di mana rumah sukanku berada..
Tetapi, malangnya mascot masih belum tiba lagi...
Aku hampa..
Sebaik sahaja aku melabuhkan badan ku ini, aku terdengar suara Sherylee,
meminta aku menolong saudari penghias rumah,
Aku pun mendaki tangga-tangga dan sampai dengan selamat ke destinasi yang hendak dituju..
Selepas aku menolong selama beberapa minit..
Aku ternampak sebuah benda yang ala-ala sfera dan agak kebumi-an melintas padang..
Dengan penuh yakin aku turun..
Dan ternampak rakanku yang bernama Seri ...
Kepalanya kelihatan seperti awan yang berapung di hemisfera bumi..
Hati ku tergelak besar..
Ku sumbat badanku di dalam benda sfera itu..
Ramai yang mengetawakan aku..
Tetapi tidak mengapa! Aku tidak kisah..

Kerana aku adalah seorang mascot!!
Entah mengapa budak-budak sigs yang pelik ini boleh berfikir bahawa aku kelihatan comel(?!) memakai benda ini..
Aku teringat satu ayat dalam sebuah filem(fufufu!) yang perlu aku gunakan..."Pedulikan mereka"...aku katakan kepada fikiran ku..
Sebelum perbarisan bermula..aku telah diajar pelbagai jenis tarian oleh Wani sorak..
Aku sentiasa menyampaikan semangat perpaduan ku kepada orang-orang yang lalu-lalang sementara menunggu perbarisan bermula..
Seseorang mengarahkan kami untuk bersedia.. hatiku gementar..
Aku mengingat kembali tarian-tarian ku pelajari..
Aku bersedia secara mental untuk menghadapi dunia!
Ku lakukan yang terbaik untuk pasukan ku semasa mereka sedang membuat persembahan..
Aku tidak kisah diketawakan kerana aku telah bersedia!!
Selepas perbarisan.. terdapat persembahan seperti biasa..
Persembahan band.. persembahan seni bela diri(yang terbaik pada pendapat aku)..dan cheer

...........Acara penamat.. Rumah biru mendapat tempat ketiga.. aku kasihan melihat saudari Risha yang kelihatan agak kecewa..

Bla-bla-bla..
Sesampainya aku di rumah..
AKu tidur setelah melakukan apa yang patut..


Sekian...

p/s: aku malas nak tulis panjang-panjang hari ini..

No comments:

Post a Comment

Why are you even bothering to type these comments?

YOu could have used the time to do more efficient things!!

OMG! Well, thanks for dropping by!!