
Hahahahahahahahahahahahahahahahaha!
Mungkin aku akan tertanya-tanya satu hari nanti..
Kenapa mulakan satu blog dengan ketawa secara berpanjangan?
Hidup sangat singkat..
Jadi kita perlu menghargai setiap detik yang kita ada..
Nyawa yang dipinjamkan ini mungkin satu hari nanti akan diambil semula..
Kita perlu berfikir dalam setiap tindakan yang kita ambil.
Setiap tindakan dan keputusan yang kita ambil tu mewakili diri kita..
Orang akan menilai cara kita membuat sesuatu keputusan..
Mungkin kita tak sedar yang orang sebenarnya tidak suka pada kita..
Kerana kita leka dan alpa dalam dunia fantasi kita sendiri..
Yang terlalu naif dan leka..
Sekian ceramah pada hari ini..
p/s: cerita aku baru nak bermula
Pada hari Jumaat yang indah ini, aku sekali lagi telah mengikuti rutin biasa ku iaitu bangun lambat..
Jam berdering, ku endahkanya, seperti hari-hari lepas,
Kerja MM ku ketepikan di meja, kononya mahu bangun pagi membuat kerja rumah, namun aku ditarik terlampau dalam ke dunia mimpi,
Aku sekali lagi gagal, melaksanakan misi untuk menjadi pelajar cemerlang..
Wahai ibu bapaku! Aku meminta maaf kerana anakmu ini sangatlah pemalas mengalahkan semua pemalas-pemalas dunia jika diabungkan..
Emak, abah! Ku susun sepuluh batang jari memohon maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut!
Ku memijak tanah sigs kira-kira pukul 6.50 pg, melilau-lilau sebelum membuat keputusan untuk terus pergi ke kelas, setibanya di kelas, aku membiarkan oksigen untuk masuk selama beberapa minit sebelum baring di meja dan melelapkan mata ini..
Seri dan risha datang..
Dalam hatiku berbisik...alamak! Aku mesti kena tolong diorang!
Aku cuba menolong risha walaupun aku sebenarnya umpama seekor tikus yang membaiki labu.. tidak sepatutnya membuat apa-apa..
Aku adalah seorang mascot! Adakah anda percaya?
Dengan sebaik-baiknya aku cuba memberikan sumbangan tenaga dan kudrat yang tidak seberapa walaupun terpaksa memonteng kelas ict yang sememangnya keluar spm..
Tick-tock-tick-tock,
Semasa aku-risha-seri dengan 'gumbira' membuat kerja.. Musuh datang menjelma!
Ahaha! Tiba masa Mathematics dengan puan S.
Beliau seorang yang mempunyai dedikasi yang tinggi terhadap kerjaya beliau..
Sentiasa memasang mata dan memerhatikan tingkah laku aku..
Mungkin benar..
Aku telah di-BLACKLIST!
Pada petang ini, aku telah ditugaskan untuk menyiapkan satu 'yin yang' itu..
dengan mengunakan segala kudrat yang ada.. benda itu berjaya ku siapkan pada pukul 9.30 malam..
Mungkin benar..
Aku seorang yang membuat kerja dengan kelajuan yang sangat minimum..
Latest interest: Hana Yori Dango(Korean version)
Sekian sahaja diari pada hari ini kerana aku kini berasa sangat letih dan mahu tidur.. sekian terima kasih
p/s2: people mentioned in this story pleasa don't get angry..I'm just jk and aku peduli hapa kalo aku ada salah eja
No comments:
Post a Comment
Why are you even bothering to type these comments?
YOu could have used the time to do more efficient things!!
OMG! Well, thanks for dropping by!!